Setiap pemain futsal memerlukan gaya pertahanan yang tersendiri ketika bermain di dalam padang. Pertahanan amat penting bagi mengelakkan pasukan lawan dari membolosi gawang pasukan anda. dalam pertahanan, pasti ada prinsip-prinsip yang tersendiri yang boleh digunakan di atas padang. Disini saya sertakan beberapa prinsip atau tips pertahanan yang perlu ada dalam setiap pasukan FUTSAL.
1. Para pemain perlu sentiasa fokus terhadap setiap ancaman gerakan yang direncakan dan juga perlu memastikan agar penglihatan mata anda sentiasa melihat kearah kelibat pemain lawan agar mereka tidak terlepas untuk melakukan percubaan.
2.Berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan terjahan atau pintasan terhadap serangan pihak lawan.
3. Agresif dan pantas dalam usaha untuk melakukan pintasan namun harus diingat jangan terlalu mengikutkan perasaan yang bakal mengundang masalah seperti memberikan ‘foul’ kepada pihak lawan atau berkemungkinan anda akan diberikan kad diatas kekasaran yang dilakukan. Lakukan dengan agresif tetapi ‘berakal’.
4. Tidak memberikan peluang buat pemain lawan untuk berfikir panjang berkenaan apa yang perlu dilakukannya ketika sedang mengawal bola. Terus menekan mereka agar anda dapat mengurangkan risiko bahaya pada kubu pasukan anda.
5. Kesemua pemain perlu memainkan peranan yang penting untuk menjadi pemain pertahanan. Pemain yang berada di bahagian atas juga boleh memberikan bantuan dengan menutup ruang terlebih dahulu bagi menyukarkan pemain lawan untuk masuk ke kawasan anda sendiri.
6. Ketika menghadapi lawan yang mempunyai kualiti kawalan bola yang baik, jangan terburu-buru untuk melakukan terjahan mahupun tekanan. Pilih masa yang benar-benar sesuai untuk mencuri bola daripada mereka.
7. Berkomunikasi dengan baik sesama rakan sepasukan untuk melihat dan memperbetulkan kekurangan yang dapat dikesan ketika pasukan anda sedang bertahan.
8. Cepat untuk kembali mengawal pemain yang tidak dijaga sekiranya pemain lawan berjaya melolosi kawalan anda mahupun rakan sepasukan.
Di atas adalah beberapa prinsip yang boleh diguna pakai ketika berada di atas padang. Sebenarnya banyak lagi tips yang ada dalam permainan futsal ini. Keberkesanan pertahanan juga bergantung dengan pemain sendiri sama ada dia lebih mahir dalam bertahan atau dalam menyerang.


0 comments:
Post a Comment